SEBUAH video dikeluarkan buat kali pertama menunjukkan UFO yang muncul di langit sekitar pukul 3 pagi pada 3 Januari 2012 di Denbigh, Wales Utara. Adik-beradik Nathan dan Alex Thomas melihat beberapa lampu berputar dalam formasi bulat di luar tingkap rumah mereka. Nathan yang berusia 14 tahun ketika itu sedang menonton TV apabila dia mendengar bunyi kuat dari sebuah tong diketuk semasa ribut berlaku, jadi dia memutuskan untuk menyiasat tentangnya. Dia melihat cahaya terang berkelip di atas ladang petani dari jarak jauh. Selepas menyaksikannya seketika, dia memutuskan untuk membina abangnya Alex yang menyifatkan lampu itu sebagai menakjubkan. Mereka tidak dapat mendengar apa-apa bunyi dari lampu itu dan memutuskan bahawa ia bukannya bunga api. Nathan mencapai kamera tangan Toshiba Camilo S30 yang dihadiahkan kepadanya sewaktu Krismas dan merakamkan cahaya tersebut dari tingkap bilik tidurnya. Selepas cuba mengenal pasti objek yang mereka lihat, Alex kemudian mengejutkan ibu mereka Linda dan sepupunya Kiera yang juga melihat cahaya yang tidak dapat dijelaskan itu. Bekas tentera udara United Kingdom (RAF), Jason Gleaves mengkaji filem itu menggunakan teknologi komputer terkini. Dia berkata: "Semasa rakaman video itu, Nathan berjaya menumpukan fokus terhadap objek di kejauhan. "Selepas menganalisis video itu lebih terperinci, saya mengesahkan apa yang dilihat dan diterangkan oleh saksi-saksi serta mengesahkan bahawa lampu yang berputar dalam formasi bulatan seragam itu memberikan gambaran bahawa ia merupakan struktur asas yang lebih besar. "Bingkai juga diperolehi mendedahkan objek berbentuk yang tidak diketahui itu dan berwarna-warni mempamerkan pelbagai spektrum visual penuh" Pengarang buku UFO Photo and The Ufology Umbrella, menambah: "Di lokasi cahaya itu dilihat, satu-satunya mercu tanda berhampiran adalah padang golf dan kuari, tetapi kedua-duanya berada di kiri dan kanan lokasi penampakan pada jarak yang agak jauh (pada pendapat saya, ia cukup untuk tidak menghalang atau mengganggu kesimpulan berkaitan pengenalpastian cahaya itu). "Faktor lain yang mungkin boleh menjelaskan tentang cahaya tidak dapat dikenal pasti itu mungkin adakag dron, tetapi pada 2012 teknologi dron belum digunakan secara meluas oleh orang ramai seperti hari ini, jadi saya tidak percaya itu adalah lampu dron." - Daily Star