suria

Hos Airbnb didakwa bunuh, berang buruh gagal langsai sewa bilik

HOS khidmat hospitaliti, Airbnb didakwa membunuh seorang penyewa yang menginap di kediamannya kerana tidak mampu membayar sewa.

Jason Colton, dituduh membunuh Ramis Jonuzi pada Oktober 2017.

Laporan menyebut dua individu lain di rumah itu memegang Jonuzi, manakala Colton memukul dan mencekik lelaki berusia 36 tahun itu kerana tidak membayar sewa berjumlah A$210 (RM606).

Colton bagaimanapun berkata, dia hanya mahu menyebabkan mangsa pengsan dan tidak berniat membunuh atau mendatangkan kecederaan parah terhadapnya.

Akhbar tempatan The Age, melaporan Jonuzi yang juga seorang buruh telah menyewa sebuah bilik di Brighton East atas perjanjian dengan Colton, dan rumah serumah Craig Levy serta Ryan Smart untuk tempoh tiga hari.

Jonuzi kemudian meminta untuk tinggal selama seminggu dengan bayaran A$210, tetapi apabila tiba masa untuk keluar daripada bilik itu, dia mempunyai kurang A$10 (RM28) dalam akaun dan tidak mampu membayar sewa yang dipersetujui.

Mangsa kemudian mengemas barang dan bilik tersebut sebelum beredar dan ketika itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan menyerang dan bertanyakan hal sewa.

Pihak pendakwa berkata, Colton adalah orang pertama yang menyerang Jonuzi hingga tidak sedarkan diri, sementara Levy dan Smart kemudian mengheret mangsa ke luar dan terus memukulnya.

Colton yang mempertahankan dirinya dengan berkata dia tidak berniat memukul Jonuzi, sebaliknya hanya mahu menyebabkan mangsa pengsan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan. -bbc.com

Airbnb, Colton, Jonuzi

Artikel Lain