suria

Bakal pengantin enggan sediakan makanan untuk tetamu hingga terima kecaman ramai

APABILA berlangsungnya majlis perkahwinan, antara perkara paling penting tentunya hidangan untuk tetamu.

Namun lain pula ceritanya dengan pasangan ini yang enggan menyediakan sebarang makanan buat jemputan majlis mereka.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengapit yang bakal terlibat dalam majlis itu pada Mei depan.

Menerusi perkongsian dalam kumpulan Facebook, dia menyelar pendirian pengantin yang juga sahabat baiknya.

"Saya akan jadi pengapit pada bulan Mei. Saya dah kenal pengantin selama 10 tahun.

"Tapi saya tak sangka mereka nak potong bajet dan tidak menyediakan sebarang makanan.

"Jadi adakah saya perlu pesan pizza atau apa sahaja untuk diri saya dan tetamu lain?" ujarnya menerusi Facebook.

Malah, dia turut bertanya kepada orang ramai sekiranya pendirian pengantin itu adalah wajar dan boleh diterima akal?

"Sebagai pengapit patutkah saya bercakap? Adakah normal untuk potong bajet? soalnya lagi.

Posting itu menerima respon orang ramai yang rata-ratanya mengecam bakal pengantin tersebut. - Daily Star.

Pengantin, Pengapit

Artikel Lain