suria

Kajian dapati wanita kerja syif malam berisiko alami menopaus lebih awal

Gambar Hiasan: Medical News Today

ADAKAH anda bekerja syif malam? Jika ya, anda berisiko mengalami menopaus lebih awal.

Menurut kajian terbaharu, syif malam turut mendedahkan wanita kepada risiko pembentukan penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan masalah berkaitan memori.

Syif malam sememangnya tidak elok untuk kesihatan namun ini merupakan kali pertama ia dikaitkan dengan sistem pembiakan wanita.

Kajian itu dijalankan ke atas 80,000 jururawat yang bekerja syif malam dan keputusan yang terhasil begitu mengejutkan penyelidik.

"Untuk wanita yang mengalami menopaus sebelum usia 45, kerja syif malam menjadi satu penyebab penting.

"Ia berikutan gangguan circadian rhythms iaitu proses-proses yang saling berhubungan yang dialami tubuh untuk menyesuaikan dengan perubahan waktu selama 24 jam.

"Selain itu, ia turut berlaku disebabkan stress dan keletihan, namun masih banyak kajian yang perlu dijalankan," ujar David Stock, penyelidik dari Universiti Dalhousie di Kanada.

Tekanan bekerja pada lewat malam turut mengganggu hormon seperti estrogen.

Selain syif malam, bekerja dalam suasana yang mencabar dengan jadual yang sukar turut dikaitkan dengan menopaus awal.

Antara punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya menopaus awal termausklah faktor genetik, gaya hidup, penyakit berkaitan kromosom dan sebagainya. - India Today.

Menopaus, Wanita

Artikel Lain