suria

Lelaki nikahkan anak pada usia 3 tahun, guna mas kahwin untuk beli makanan

SITUASI bergolak di Yemen memberi kesan buruk kepada rakyat negara itu sehingga mereka berada dalam keadaan yang cukup terdesak.

Akibat kesempitan hidup, ramai ibu bapa terpaksa mengahwinkan anak gadis mereka sebelum menggunakan mas kahwin yang diterima untuk membeli makanan.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), majoriti gadis yang dikahwinkan berusia 18 tahun ke bawah.

Paling mengejutkan, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun turut dikahwinkan kerana ibu bapanya tidak mampu untuk membesarkannya.

PBB turut menyifatkan perang di Yemen sebagai krisis kemanusiaan yang paling teruk dengan catatan lebih 10 juta orang yang berisiko mengalami kebuluran.

Laporan terbaharu mereka mendedahkan dua daripada tiga gadis di Yemen berkahwin sebelum mereka berusia 18 tahun.

Salah seorang gadis itu, Hanan, 9, dari Amran berkata dia terpaksa berhenti sekolah setelah dikahwinkan dengan seorang lelaki oleh ayahnya.

"Ibu mentua selalu pukul saya, apabila lari ke rumah ayah, saya dipukul sebab melarikan diri.

"Saya tak mahu kahwin, saya cuma nak ke sekolah," ujarnya.

Ibu bapa Hanan turut mengahwinkan adiknya yang berusia tiga tahun kerana terdesak dengan kesempitan hidup.

Mereka mengakui bahawa ia satu perbuatan yang salah namun terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup seluruh ahli keluarga. - Daily Mail.

Yemen, Perang, PBB

Artikel Lain