suria

Rumah bau hancing, sampah bersepah gara-gara ibu pemalas...lima beradik jadi mangsa

SEORANG nenek mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan suasana rumah yang kotor dan bersepah serta dipenuhi sampah.

Ironinya, kediaman itu dihuni anak perempuannya serta lima anaknya berusia antara satu hingga tujuh tahun.

Tindakan anaknya yang kini hamil cahaya mata ke enam mengabaikan lima zuriatnya menyebabkan warga emas ini berharap ada pihak yang dapat menyelamatkan cucu-cucunya.

Si nenek ini ternyata tidak dapat menahan emosinya melihat cucu-cucunya terpaksa hidup dalam keadaan rumah yang menjijikkan.

Nenek ini mendakwa rumah tersebut dipenuhi air kencing dan najis manakala cucunya sering kali tidak makan.

Salah seorang cucunya yang berusia empat tahun kehilangan tujuh gigi kerana gagal menjaga kebersihan, manakala cucu yang berusia dua tahun pulang sering tidur dengan sendirinya disebabkan kurang kasih sayang.

Dia menyifatkan cucu-cucunya sangat baik tetapi takut kehidupan mereka yang dilihat tidak diambil peduli oleh ibunya dan lebih menyalahkan orang lain berbanding menjalankan tanggungjawab terhadap anaknya.

Dia memberitahu pada Grimsby Live: "Anak perempuan saya tidak patut mempunyai anak, biarkan dia keseorangan."

Nenek tersebut kemudiannya menghubungi pihak jabatan perkhidmatan sosial untuk membawa kesemua cucunya keluar dari rumah berkenaan, bagaimanapun selepas beberapa hari, pihak berkenaan meminta dia memulangkan cucunya kepada ibu mereka.

"Perlu lakukan sesuatu untuk mengeluarkan cucu-cucunya daripada rumah yang sungguh mejijikkan ini.

"Pakaian kotor sepah merata-rata sehingga tiada pakaian bersih untuk dipakai, tidak pernah mandi dan gosok gigi serta tiada makanan untuk mereka kecuali ada botol Vodka untuk kekasihnya.

"Keadaan sangat huru-hara sehingga longkang di belakang rumah mula melimpah dengan longgokan sampah dan rumah berbau najis.

"Saya juga menghabiskan masa berjam-jam mengemas rumah tersebut, tetapi selepas saya kembali, rumah itu umpama sudah kena bom.

Sehubungan itu, nenek itu berhasrat mengambil alih hak penjagaan cucunya itu dan sanggup berpindah.

Jurucakap Majlis Barat Daya  Lincolnshire berkata: "Kami sedang meneliti kes ini secara terperinci."-Metro.co.uk

Lincolnshire, nenek, air kencing

Artikel Lain