suria

Meghan, Kate muncul bersama buat pertama kalinya, nafi bergaduh

SELEPAS timbul khabar angin berlaku pergaduhan antara Kate Middleton dan Meghan Markle, kedua-duanya tampil menafikan dakwaan tersebut.

Meghan dan Kate masing-masing berusia 37 tahun dilihat muncul bersama buat pertama kalinya selepas sambutan Krismas pada Selasa lalu ketika mereka meraikan ulang tahun ke-50 Putera Charles sebagai Putera Wales.

Meskipun tidak merakam gambar bersama pada majlis yang diadakan di Istana Buckingham, mereka dilihat mesra di depan kamera.

Meghan Markle.

Harry, 34, dan William, 36, bersama isteri masing-masing dilihat memasuki White Drawing Room di istana tersebut.

Ia adalah pertama kali kedua-dua wanita itu dilihat muncul bersama di khalayak ramai dalam majlis rasmi tahun ini.

Spekulasi pergaduhan mereka timbul selepas Meghan dan Putera Harry berpindah keluar dari Istana Kensington dan tinggal di Frogmore Cottage di Windsor Castle.

Kate Middleton.

Meghan yang dijangka bersalin pada April kelihatan angun memakai jaket berwarna putih dengan gaun berbunga manakala Kate pula menggayakan baju gaun berwarna hijau lembut.

Turut hadir Perdana Menteri Theresa May.

Charles dimahsyur sebagai Putera Wales ketika berusia sembilan tahun pada 26 Julai 1958. - Metro.co.uk

Meghan Markle, Kate Middleton

Artikel Lain