suria

Pramugari Virgin Atlantic tidak dibenarkan bersolek

SYARIKAT penerbangan Virgin Atlantic mengumumkan yang mencetuskan kejutan ramai apabila pramugarinya diminta supaya tidak bersolek ketika bertugas.

Selain itu, jika sebelum ini pramugari memakai skirt, tetapi kini uniform kru wanita itu dilengkapi dengan seluar panjang.

Ia adalah antara langkah berani yang diambil syarikat penerbangan itu bagi membentuk penampilan baru pramugari Virgin Atlantic.

Syarikat penerbangan berpangkalan di United Kingdom yang diasaskan Sir Richard Branson itu memaklumkan perubahan dilakukan selepas mengambil kira maklum balas kakitangan.

"Kita mahu pakaian seragam ini melambangkan peribadi individu tersebut dan mengekalkan gaya serta dandanan Virgin Atlantic," kata Naib Presiden Eksekutifnya, Mark Anderson.

Sebelum peraturan diubah, pemerah pipi, gincu serta maskara adalah syarat minimum bagi kru kabin wanita.

Jika kakitangan ingin bersolek, mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian tetapi perlu mengikut panduan gaya solek yang digariskan.

Bagaimanapun, secara asasnya syarat baru itu sebagai langkah mencegah gangguan seksual.-news.com.au

Virgin, Branson

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan