PENGGUNA aplikasi WhatsApp berdepan sekatan sementara dan risiko kehilangan keseluruhan rekod perbualan. Aplikasi mesej itu turut menyiarkan sebuah blog yang memberi amaran bahawa perisiannya versi palsu sedang tersebar. Sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi palsu ini boleh disekat. WhatsApp menggesa semua pengguna yang merasakan perisian yang mereka gunakan tidak tulen untuk membuat sokongan rekod perbualan anda kerana ia mungkin hilang apabila ia dipindahkan kembali ke aplikasi rasmi. "Jika anda menerima mesej aplikasi menyatakan akaun anda disekat sementara ini bermaksud anda menggunakan versi WhatsApp yang tidak disokong dan bukannya aplikasi rasmi WhatsAp. "Jika ini berlaku, anda harus memuat turun aplikasi rasmi untuk terus menggunakan aplikasi itu," katanya. Perisian palsu termasuk aplikasi seperti GB WhatsApp dan Whatsapp Plus boleh dimuat turun dari Google Play dan telefon Android. "Aplikasi yang tidak disokong seperti WhatsApp Plus dan WhatsApp GB, adalah versi ubah suai WhatsApp. Menurut pengendali Whatapps, aplikasi palsu ini dibangunkan pihak ketiga dan melanggar syarat perkhidmatan mereka. "WhatsApp tidak menyokong aplikasi pihak ketiga ini kerana kami tidak dapat mengesahkan amalan keselamatan mereka," katanya. - Metro.co.uk