suria

Pengantin wanita ditampar suami gara-gara bergurau semasa upacara suap kek

Pengantin lelaki menampar isterinya di hadapan tetamu majlis.Foto-pubg jamaica pubg

PENGANTIN perempuan ditampar suaminya di hadapan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka gara-gara sepotong kek.

Video berdurasi 35 saat itu menunjukkan pengantin perempuan berbusana gaun putih dihiasi tiara bersama vel putih.

Kelihatan pengantin lelaki terlebih dahulu menyuapkan sepotong kek kepada isterinya.

Namun apabila tiba giliran pengantin perempuan, wanita itu dilihat seolah-olah mahu bergurau ketika ingin menyuap suaminya.

Malangnya, pengantin perempuan tersebut ditampar suaminya sehingga dia terjatuh ke belakang sambil diperhatikan tetamu yang hadir.

Pengantin lelaki itu bagaimanapun cuba ditenangkan seseorang selepas menampar isterinya.

Wanita itu dilihat cuba menahan kesakitan sambil memegang pipinya dengan kek masih lagi berada di tangannya.

Selepas insiden itu, status hubungan pengantin terbabit yang tidak diketahui identitinya itu tiada dapat dipastikan. Mirror.co.uk

pengantin, ditampar

Artikel Lain