SEORANG ibu yang dikenali sebagai 'manusia Barbie' tertua di United Kingdom (UK) meraikan ulang tahun ke-60 anak patung itu dengan membuat rawatan kosmetik di bahagian hidung. Rachel Evans, 48, berjumpa dengan pakar bedah untuk melakukan rawatan di bahagian hidung pada Selasa lalu. "Saya sangat teruja, hidung saya patah dan akhirnya saya dapat meluruskannya. Hidung Barbie sempurna," katanya menerusi sebuah video. "Barbie meraikan ulang tahun pada Sabtu ini dan minggu ini saya meraikannya dengan pembedahan kosmetik, sebagai hadiah kepada diri saya sendiri," tambahnya. Rawatan di bahagian hidung itu merupakan perubahan terbaharu buat 'manusia Barbie' tertua di UK, termasuk suntikan botox, pembedahan pada pipi, bibir dan mata. - Mirror UK