JURURAWAT yang bekerja sebagai penjaga saintis terkenal Britain, Stephen Hawking selama 15 tahun kini digantung tugas. Patricia Dowdy,61, digantung tugas dalam perbicaraan tetrutp berkutan tuduhan salah laku serius sepanjang mendiang Hawking di bawah penjagaannya. Difahamkan keluarga saintis itu telah membuat aduan berikutan penyiasatan panjang terhadap Dowdy. Namun butiran terperinci anda hukuman disiplin yang dikenakan kepada Dowdy oleh lembaga kejururawatan itu tidak didedahkan. Malah orang awan dan pihak media juga dilarang mengikuti pendengaran kes tersebut yang dianggap sebagai 'keadilan rahsia'. Oleh kerana tuduhan keras yang dikenakan ke atas Dowry yang tidak pernah didedahkan secara terbuka, dia digantung tugas oleh Nursing and Midwifery Council (NMC) apabila dakwaan itu mula menjadi perhatian. Pendengaran substantif akan memutuskan masa depannya tetapi secara tertutup. Dan hukuman juga seperti tidak akan didedahkan kepada umum. Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun 18 Mac tahun lalu.- Dailymail.co.uk