TINDAKAN seorang wanita yang memanjat kandang zoo membawa padah apabila dia diserang seekor jaguar. Dia dikatakan melakukan perbuatan itu untuk merakam swafoto dengan haiwan liar berkenaan. Menurut saksi, mereka menyedari kejadian itu setelah mendengar jeritan mangsa. Menerusi kejadian yang berlaku di Zoo Hidupan Liar Dunia di Pheonix, Arizona itu, wanita berkenaan mengalami pendarahan akibat diserang jaguar. Dalam pada itu, pihak pengurusan zoo turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenan. "Kami kesal dengan apa yang berlaku. Seorang pengunjung telah menceroboh penghadang untuk mengambil foto dengan jaguar. "Dia tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. Atas permintaan keluarga, kami turut memanggil pasukan perubatan. "Kami sedang melakukan siasatan penuh berhubung insiden ini," ujar Mickey Ollson, pengarah zoo berkenaan. - Daily Star.