suria

PUBG diharamkan hingga 30 April di India, pemain bakal dikenakan penalti oleh pihak berkuasa

FOTO: Latestly

PIHAK berkuasa di Gujarat, India mengharamkan permainan popular PUBG di Bandar Rajkot dan Surat sehingga 30 April depan.

Menurut arahan yang dikeluarkan, mana-man individu yang didapati bermain PUBG atau menyertai Momo Challenge akan dikenakan penalti oleh pihak berkuasa.

Kesalahan itu diletakkan di bawah Seksyen 144, Akta Prosedur Jenayah 1973 dan Seksyen 37 (3) Akta Polis Gujarat.

Ujar polis, mereka mengharamkan PUBG kerana peningkatan kes keganasan dalam kalangan kanak-kanak dan belia.

Malah, pengharaman seketika sehingga 30 April juga bertepatan dengan tempoh peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pembangun permainan berkenaan, Tencent Games mengeluarkan satu kenyataan berhubung kebimbangan ramai mengenai PUBG.

Ujar kenyataan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan ibu bapa, golongan pendidik dan kerajaan untuk menjadikan permainan itu sebagai platform yang lebih baik untuk golongan muda. - Techradar.

PUBG, Momo Challenge

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan