suria

Paraglider terkejut diserang 2 ekor kangaru sejurus mendarat di taman negara

SEORANG paraglider menerima tetamu tidak diundang sejurus dia melakukan pendaratan di Taman Negara Namadgi, Canberra, Australia.

Menerusi rakaman video GoPro yang dilekatkan pada dirinya, Jonathan Bishop dikejar dua ekor kangaru sejurus dia melakukan pendaratan.

Lelaki berusia 35 tahun itu kelihatan bergelut untuk menyelamatkan dirinya yang masih belum mendarat dengan sempurna.

Namun, dia selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya kemaskan balik paraglider saya dan berjalan beberapa kilometer untuk cari telefon dan minta rakan datang jemput saya.

"Agak menakutkan sebab ia mula serang saya. Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada waktu itu," ujar pegawai tentera udara itu.

Mengimbas perkara itu, Jonathan berkata dia sama sekali tidak menyangka akan diserang haiwan itu.

Malah katanya, dia menyangka mereka mahu bergurau dengannya sebelum dikejutkan dengan serangan itu. - Mirror.

Jonathan Bishop, Kangaru, Paraglider

Artikel Lain