suria

Lelaki ikat leher bekas isteri dengan batu 53kg sebelum campak dari jambatan

SEORANG wanita maut apabila dia diikat dengan batu seberat 53 kilogram di lehersebelum dibuang di sungai oleh bekas suaminya.

Elizabeth Pule, 28, yang menetap di Fort Worth bercerai dengan suaminya pada 2016.

Memiliki empat anak bersama, siapa sangka bekas suaminya, Rodolfo Rudy Arellano sanggup melakukan perkara tersebut.

Pada hari kejadian, Elizabeth keluar bersama rakannya.

Setibanya di rumah, dia sempat menghatar mesej kepada rakannya itu sebelum hilang secara tiba-tiba.

Elizabeth bersama bekas suaminya.

Ibunya yang risau mengenai perkara itu membuat laporan polis sebelum mereka menerima maklumat daripada seorang pemancing yang berjaya membongkar insiden tersebut.

Menurut pemancing itu, dia terdengar jeritan dari jambatan Lake Worth, sekitar pukul tiga pagi pada hari kejadian.

Pada mulanya mereka menyangka Elizabeth cuba membunuh diri.

Hasil siasatan bagaimanapun mendapati dia dibunuh dan batu-bata di lehernya sengaja diikat oleh si pelaku.

Siasatan lanjut akhirnya membawa kepada penangkapan bekas suaminya yang kini sedang didakwa atas jenayah itu. - Mirror.

Artikel Lain