suria

Gadis aneroksia jelita tertekan jadi yatim piatu, tamatkan riwayat di landasan keretapi

SEORANG gadis yang sedang bergelut dengan masalah mental maut apabila dia dilanggar keretapi.

Flurr Mcdonald, 24, yang disifatkan rakan-rakannya sebagai seorang yang jelita hidup dalam sengsara selepas kematian kedua ibu bapanya.

Bapanya meninggal dalam sebuah kebakaran sewaktu Flurr berusia 18 manakala ibunya meninggal dalam kemalangan, dua tahun kemudian.

Menetap di Southport, Merseyside, Flurr merupakan pelajar dalam bidang pharmacology.

Menurut abangnya, Ryan, Flurr tidak dapat menerima hakikat bahawa ibu bapa mereka sudah tiada di dunia ini.

Selain masalah mental akibat kehilangan orang tersayang, Flurr turut berhadapan masalah aneroksia sejak berusia 14 tahun.

Dia meninggal pada 29 Januari lalu dalam insiden yang berlaku di stesen keretapi Merseyrail, Birkdale, Southport.

Dia disahkan maut di tempat kejadian setelah dilanggar keretapi. 

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut bagaimana Flurr bertindak sehingga dia dilanggar keretapi yang sedang bergerak.

Pada hari insiden, Ryan turut membuat posting di media sosial berhubung kerisauan mengenai masalah mental setelah adiknya maut akibat perkara itu.

Ujar Ryan, Flurr sudah berjuang melawan masalah mental dan dia juga memohon maaf kerana gagal menjaga adiknya.- Mirror.

Flurr Mcdonald, Keretapi

Artikel Lain