SEPERTI yang diketahui umum, dinosaur sudah lama pupus dan lenyap dari muka bumi. Namun, para penyelidik sering menemui pelbagai rangka dan fosil haiwan itu menerusi pencarian mereka di seluruh dunia. Terbaharu, sekumpulan saintis sedang menjalankan kajian genetik untuk mengembalikan kewujudan haiwan itu. Ia bertepatan dengan teori oleh ahli paleontologi terkenal, Dr Jack Horner yang berkata tidak mustahil untuk mengembalikan hidupan purba itu dengan adanya DNA mereka. Setakat ini, ia dibuktikan dengan ujian awal apabila sepasukan saintis di Harvard dan Yale membuat penyelidikan itu ke atas ayam. Dalam usaha untuk mengulangi evolusi lalu, pasukan itu membuat mutasi kepada ayam untuk mengembalikan mereka kepada bentuk asal, bagaimana mereka mula tercipta suatu ketika dahulu. Di Harvard pula misalnya, pasukan saintis memasukkan gen mammoth ke dalam tubuh gajah untuk mencipta semula haiwan yang telah pupus itu. Jika berhasil, mereka mendakwa mampu mengembalikan semula kehadiran dinosaur dalam kehidupan kita, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.- Entrepreneur