suria

Pementasan teater muzikal tampil pendandan rambut lakonkan watak Puteri Diana

Natasha bakal membawa watak puteri Diana dalam pementasan teater muzikal di London. Foto REX/Shutterstock

PEMENTASAN teater muzikal sering kali berkait rapat dengan lakonan artis-artis terkenal, namun siapa sangka pendandan rambut iaitu Natasha John berpeluang memegang watak sebagai Puteri Diana dalam teater muzikal Call Me Diana.

Dengan gaya rambutnya yang bersimpul serta pakaian kasual, dia dilihat mempunyai karakter sama seperti ibu kepada Putera William dan Putera Harry itu.

John yang merupakan seorang pendandan rambut dari Lembah Welsh membawa watak Diana, puteri Wales dalam penceritaan kisah kerabat diraja British.

Semuanya bermula apabila John diminta menghadiri ujibakat untuk watak tersebut selepas muncul dalam program Michael Mclntyre iaitu 'Unexpected Star'di saluran BBC1.

Tayangan perdana Call Me Diana bakal ditayangkan di Square Teater lembah Leicester, London pada September ini.

Wanita berusia 26 tahun yang bekerja di kedai salon milik ibunya berkata: "Saya berasa gementar untuk membawa watak sebagai Diana tetapi sungguh teruja. Ada sedikit tekanan namun ada keistimewaannya juga.

"Saya begitu muda dan hanya berusia lima tahun ketika dia meninggal dunia, namun saya masih ingat kisah tragedi kematiannya yang memberi kesan kepada rakyat kerana semua orang menyukai keperibadiannya."

Persembahan teater muzikal ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Puteri Diana.

Penulis, Brian Watson berkata:"Ia bermula dengan kisah Diana bertunang bersama Putera Charles sehingga kematiannya. Dan pementasan muzikal ini disambut untuk meraikan legasi Diana.

"Natasha tidak kelihatan seperti karakter itu. Dia dipilih kerana pandai menyanyi dan kemampuannya dalam lakonan."-Dailymail.co.uk

Diana, pementasan teater

Artikel Lain