suria

Pelik! Pecah kedai piano mewah tapi curi Mickey Mouse harga RM102

HANYA kerana anak patung Mickey Mouse, seorang perompak telah bertindak memecah tingkap kaca sebuah premis menjual piano mewah.

Tambah pelik lagi, anak patung yang diletakkan di atas piano yang dipamerkan itu harganya hanya AS$25 (RM102).

Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan perompak itu menggunakan batu untuk memecahkan cermin Galeri Piano Fresno di California untuk mendapatkan Mickey Mouse itu.

Akibat jenayah itu, pemilik premis itu terpaksa menanggung kos memperbaiki kerosakan yang mencecah lebih AS$6,000 (RM24,500).

"Saya teliti semua barangan di kedai itu, tiada yang hilang kecuali anak patung Mickey Mouse.

"Piano di tepi tingkap itu perlu dijual pada harga murah susulan kejadian itu," kata pemilik kedai Jim Fishback kepada ABC News.

Katanya lagi, anak patung watak animasi popular itu bagaikan maskot kepada premis berkenaan dan kehilangannya begitu dirasai.

Fishback membeli Mickey Mouse itu di sebuah kedai barangan antik dan meletakkannya di piano itu bagi menyamai siri klasik Disney, The Sorcerer's Apprentice.

Setakat ini, polis masih menyiasat kes berkenaan dan perompak terbabit belum ditahan.- Metro.co.uk

Mickey Mouse, California, Fishback

Artikel Lain