suria

Perkenal ais krim perisa sos tomato, pengeluar makanan dituduh buat prank April Fool terlebih awal

KOMBINASI yang tak pernah difikirkan namun ia kini menjadi nyata.

Siapa sangka sos tomato boleh dijadikan sebagai perisa ais krim?

Ia bagaikan memecah tembok kebiasaan yang mana kita semua sering menjamu ais krim perisa jagung, vanila, coklat, strawberi dan sebagainya.

Ais krim perisa sos tomato itu diumumkan oleh pengeluar makanan dari New Zealand, Wattie's di laman Facebook mereka.

Posting itu sehingga kini menerima 21,000 komen dan dikongsi 5,000 pelayar Facebook.

Rata-rata pengguna menyelar perisa baharu itu dengan meninggalkan komen mempersoalkan rasanya.

"Saya suka ais krim , saya suka sos tomato tetapi ia digabungkan bersama? Boleh ke?" soal seorang individu.

Namun tidak semua berpandangan negatif malah ada beberapa invidu bersikap terbuka yang mahu mencuba ais krim itu sebelum memberi pendapat mengenai rasanya.

Malah, beberapa individu turut menyelar syarikat pengeluar makanan itu sambil menyifatkan ia sebagai prank April Fool yang dilakukan terlebih awal. - Daily Star.

Ais krim, Sos Tomato

Artikel Lain