SEBUAH pesawat yang baru memulakan penerbangan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang setelah ia disambar petir, Ahad lalu. Kejadian melibatkan penerbangan Thomas Cook MT1140 dari Manchester ke Banjul, Zambia itu berjaya dirakam oleh seorang penumpang. Ia kemudiannya dikongsi di media sosial sehingga tular. Sehingga kini, rakaman ngeri berkenaan sudah menerima lebih 7,000 tontonan sejak ia dimuat naik. Sewaktu kejadian, pesawat itu terpaksa berpatah balik sebelum penumpang dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan. Pihak pengurusan syarikat penerbangan itu turut melakukan pemeriksaan lanjut ke atas pesawat berkenaan. "Keselamatan pengguna dan krew menjadi keutamaan kami. Kami memohon maaf atas kelewatan dan segala yang berlaku. "Jurutera kami sedang melakukan pemeriksaan penuh ke atas pesawat. "Kesemua penumpang kami diterbangkan semula pada petang hari yang sama menggunakan pesawat lain," ujar syarikat itu menerusi satu kenyataan. - Star Daily.