suria

Bersalin sewaktu parti, wanita buang bayi dalam tong sampah agar dapat teruskan acara bersama rakan

SEORANG wanita yang bersalin sewaktu sedang berparti bertindak membuang anaknya ke dalam tong sampah agar dia dapat meneruskan acara bersama tetamu yang lain.

Dilaporkan berlaku di Rusia, bayi itu ditemui dalam keadaan masih hidup dan sedang menangis

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Yulia bersalin di dalam tandas di kediamannya yang terletak di Bandar Ryazan.

Menurut portal berita KEM, wanita berusia 31 tahun itu sudah ditahan polis dan dua lagi anaknya yang berusia tiga dan empat tahun kini berada dalam jagaan pihak lain.

Sewaktu kejadian, dia meletakkan bayi tersebut ke dalam sebuah beg plastik sebelum meninggalkannya dalam tong sampah.

Dia kemudiannya kembali berparti dan minum bersama rakannya yang hadir di kediaman itu.

Malah, wanita itu langsung tidak memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepada kawan-kawannya.

"Saya dengar tangisan dan dekati tong itu.

"Saya ingatkan kucing, tetapi saya nampak beg plastik dan ada bayi masih hidup di dalamnya," ujar seorang saksi.

Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan kini menjalani rawatan kerana berlaku kegagalan fungsi organ.

Ibunya turut didakwa atas kesalahan cubaan membunuh dan mengakui tidak mahu menerima bayi berkenaan. - Mirror.

Yulia, Bayi, Rusia

Artikel Lain