suria

Badan pekerja melecur, tauke kedai ayam goreng larang panggil ambulan

Separuh badan badan pekerja melecur.

PEMILIK sebuah kedai ayam terlepas hukuman penjara selepas melarang pekerjanya yang mengalami kecederaan menghubungi ambulan.

Tauke Shazad Bashir turut mengajar pekerjanya menipu supaya memberitahu staf perubatan bahawa kecederaan melecur dibadan berlaku di rumah.

Kecederaan berlaku di Yorkshire Fried Chicken, Beeston, Leeds yang menyebabkan pekerjanya itu terpaksa menghabiskan empat minggu di unit kebakaran dan memerlukan beberapa tisu kulit baharu.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa majlis perbandaran telah menyiasat dan mendapati kedai itu melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan.

Punca mangsa tercedera akibat daripada tumpahan minyak panas.

Jelas mangsa, ketika kejadian dia terpaksa merangkak memanjat tangga untuk memanggil pekerja lain dan apabila Bashir mendengar, dia melarang menghubungi ambulan.

Bashir membawa mangsa ke hospital menaiki sebuah teksi dan menyuruh pekerjanya itu berbohong megenai kejadian berlaku di rumah, bukan di tempat kerja.

Bagaimana pun selepas kejadian, Bashir mengaku bersalah melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan dihukuman dan denda.Malah dia juga perlu membayar kos rawatan dan bayaran surcaj. - metro.co.uk

Bos, pekerja, tipu

Artikel Lain