suria

Pengantin arah pengapit jangan pegang perut “Saya bayar untuk gambar kahwin, bukan foto hamil”

Gambar sekadar hiasan. Foto Getty Images/Mirror UK

KAGUM melihat wanita-wanita yang sedia menjadi pengapit bersama pengantin perempuan pada majlis perkahwinannya.

Jika anda sedang sarat mengandung dan menjadi pengapit, anda mungkin disisihkan hanya kerana perut 'baby bump'.

Gara-gara permintaan pengantin, pengapit kelihatan seperti orang gemuk, bukannya hamil.

Menerusi perkongsian di laman sosial Reddit, pengantin baharu itu berkata: "Saya baru berkahwin tiga minggu lalu, dan salah seorang pengapit saya hamil kira-kira tujuh bulan (saya namakannya Kate).

"Perut Kate mudah disembunyikan di dalam pakaian tersebut kerana skirtnya agak longgar," katanya.

Pengantin perempuan menjelaskan bahawa mereka menempah seorang jurugambar profesional untuk mengambil gambar parti.

"Dalam salah satu gambar, saya perasan Kate sengaja memegang perutnya dan ia kelihatan begitu ketara (seperti penggambaran foto ibu hamil).

"Saya minta dia hentikan untuk tunjukkan perutnya dan biar bergaya seperti orang lain. Saya terpaksa mengingatkannya beberapa kali sebelum kami selesai mengambil gambar parti.

Sekembali dari bercuti bulan madu, pengantin itu mendapati Kate sebenarnya tidak gembira dengannya.

"Saya rasa dia cuba mengelakkan diri daripada saya. Hari ini seorang pengapit saya yang lain memberitahu yang Kate kecewa dengan saya kerana saya cuba untuk membuatkan dia kelihatan gemuk, bukannya mengandung semasa sesi penggambaran.

"Saya pula sakit hati kerana saya bayar banyak wang untuk gambar kahwin, bukan gambar kehamilan," katanya. - Mirror UK

Artikel Lain