suria

Gara-gara kena 'reject', saintis 59 tahun ini tampil pelik dengan gaya rambut petak

Wu menggayakan rambut berbentuk petak ala-ala 'minecraft'

SIAPA sangka gaya rambut lelaki dari Taiwan yang berbentuk petak ala-ala karakter 'minecraft' menarik perhatian ramai hingga tular di laman media sosial baru-baru ini.

Segala-galanya kerana cinta Wu Goren ditolak menyebabkan saintis di Hospital Universiti Taiwan ini tampil berbeza untuk mengubat hatinya yang kecewa.

Susulan itu, dia menukar gaya rambutnya untuk tampak lebih muda daripada umur sebenar namun tidak menyangka, rambut petak itu menjadi topik bualan hangat di Internet.

Wu Goren yang berusia 59 tahun itu dikatakan masih bujang walaupun mempunyai kerjaya dan pendapatan stabil.

Malahan, dia dikatakan berpenampilan dengan menggayakan rambut aneh untuk mencuri tumpuan kaum wanita.

Bukan mudah untuk pendandan rambut profesional menggayakan rambut petak itu kerana mereka perlu menghabiskan masa selama dua jam hanya untuk menghasilkan gaya rambut tersebut.

Bagi mengekalkan gaya rambut unik itu, Wu perlu menyikat rambutnya setiap 15 hari.

Dalam pada itu, lima tahun lepas Wu pernah menjadi tumpuan media juga kerana gaya rambutnya dan sekali lagi popularitinya terus melonjak dengan gaya rambut ala-ala minecraft ini.

Penggaya rambut Wu juga memberitahu, pelanggannya itu perlu menggunakan sejumlah gel yang banyak dan penyembur supaya rambutnya tampak keras, selain untuk mengekalkan bentuknya.

Selain itu, Wu juga digelar 'Square Head Bro' sekaligus membawa dirinya sebagai selebriti tempatan di Taipei dan dia tidak menolak jika peminatnya ingin bergambar bersama.-odditycentral

Artikel Lain