suria

Insiden tembakan rambang NZ: Angka kematian meningkat kepada 40 orang, empat suspek ditahan

EMPAT ditahan dan beberapa bom ditemui selepas 40 maut dalam insiden tembakan rambang di dalam sebuah masjid di Christchurch pada Jumaat.

Perdana Menteri Jacinda Ardern mengesahkan kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan, seramai 40 maut dalam insiden di Masjid Al Noor dekat Deans Acve dan Masjid Linwood dekat Linwood Ave pada Jumaat.

"Amat jelas insiden ini disifatkan sebagai serangan pengganas dan ia seperti sudah dirancang dengan teliti," katanya.

Ketua Eksekutif Lembaga Kesihatan Daerah Canterbury David Meates berkata seramai 48 dilaporkan cedera dan sedang dirawat di Hospital Christchurch.

Polis sedang mengawal kedaaan di luar masjid.

Mangsa yang cedera terdiri daripada golongan remaja hingga dewasa.

Pesuruhjaya Polis Mike Bush berkata anggotanya sudah menahan tiga lelaki dan seorang wanita susulan insiden tembakan rambang itu.

"Kami tidak tahu suspek lain tetapi kami tidak boleh menganggap tiada suspek yang masih bebas," katanya.

Bush berkata dua bahan letupan turut ditemui dipasang pada kenderaan tetapi sudah dimatikan pasukan Angkatan Pertahanan. - Stuff.co.nz

masjid, tembakan rambang

Artikel Lain