MANGSA penderaan seksual Rotherham menyelar tindakan serangan pengganas di dua buah masjid di New Zealand selepas penyerang menggunakan penderitaannya untuk jenayah tersebut. Sammy Woodhouse,33, yang tidak mahu dikenali ketika peristiwa pahit dirinya berlaku pada 2016 tidak menyokong serangan tersebut apabila penyerang menulis 'For Rotherham' di senjatanya. Sammy Woodhouse Dia memuat naik twit: "Ingatan saya kepada semua mangsa-mangsa yang terbunuh di New Zealand. Ia tindakan yang jahat. "Sebagai seorang mangsa yang terselamat, ingin sampaikan mesej daripada saya dan keluarga. "Ini bukan dilakukan atas nama kami." Woodhouse merupakan mangsa penderaan seksual yang dilakukan oleh sebuah geng dari usia 15 tahun. Ketua geng itu, Arshid Hussain dijatuhi hukuman penjara 35 tahun (2016) kerana merogol dan jenayah lain. Sekurang-kurangnya 1,400 kanak-kanak didera di Rotherham sepanjang 33 tahun bermula 1980-an. Pada kejadian Jumaat lalu, seramai 49 orang terbunuh apabila penyerang Brenton Tarrant,28 , melakukan serangan kejam ke atas dua buah masjid. Tarrant menulis beberapa nama di senapangnya termasuk 'For Rotherham'. - metro.co.uk