suria

Serangan pengganas Christchurch: Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia di pangkuan bapa, remaja turut hilang

Mucad dan Sayyad berada di masjid ketika diserang pengganas.

KANAK-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia dipangkuan bapanya ketika serangan pengganas di masjid Jumaat lalu.

Mucad Ibrahim berlari daripada penyerang yang melepaskan tembakan, manakala abang dan bapanya terpaksa berpura-pura mati.

Kanak-kanak malang itu terkena salah satu peluru yang dilepaskan Brenton Tarrant dan meninggal dunia.

Abangnya Abdi Ibrahim memberi penghormatan kepadanya: "Sesungguhnya kita adalah milik Tuhan dan kepada-Nya kita akan kembali.

"Kami akan merinduimu adikku."

Seorang lagi remaja berusia  14 tahun, Sayyad Milne turut terkorban ketika serangan itu berlaku.

Sayyad dikenali sebagai seorang remaja yang baik dan berhasrat menjadi pemain bola sepak.

"Saya kehilangan anak kecil. Dia hanya berusia 14 tahun.

"Saya belum menerima sebarang berita rasmi lagi, tetapi saya tahu kerana dia tidak ditemui.

"Saya masih menganggapnya sebagai bayi lagi yang juga hampir kehilangan ketika dilahirkan dulu," ujar bapanya John.-metro.co.uk

Mucad, Sayyad

Artikel Lain