suria

Separuh badan 'disedut' tanah kubur ketika ziarah pusara ibu bapa, wanita trauma!

-foto NY Post

SEORANG wanita didakwa 'disedut' masuk ke dalam kubur ibu bapanya ketika dia melakukan ziarah di tanah perkuburan di Long Island, pinggir bandar New York.

Joanne Cullen berkata dia sedang meletakkan kalungan bunga di tanah perkuburan St. Charles apabila satu lubang 'menelan' dirinya hingga ke paras pinggang.

Peguam berusia 64 tahun itu berkata kejadian yang tidak dijangka itu menyebabkannya dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu nisan.

Cullen telah memfailkan saman sekitar AS$5 juta (RM20.3 juta) terhadap pentadbir perkuburan di Mahkamah Tinggi Queens, menurut New York Post.

Peguam Joseph Perrini berkata: "Disedut ke dalam kubur ibu bapa kamu apabila kamu menziarahi mereka dalam cuaca sejuk pada Disember ketika matahari terbenam...itu satu trauma dan menakutkan."

Tuntutan menyatakan bahawa para penggali kubur yang melakukan kerja-kerja di kubur berdekatan menyebabkan 'kekosongan bawah tanah' yang mengakibatkan tapak kubur di sebelah kubur ibu bapa Cullen, Evelyn dan John mendap pada Disember 2016.

"Saya tidak akan kembali ke sana lagi," kata Cullen dalam satu kenyataan menerusi peguamnya.

Penduduk Long Island itu mendakwa dia mengalami mimpi buruk dan sakit kepala sejak kejadian itu, dan kini memerlukan kaunseling.

"Ia sangat keterlaluan dan ia boleh berlaku kepada sesiapa.

"Kami mahu memastikan tanah perkuburan dan pekerjanya ambil pengajaran. Kami mahu pastikan ini tidak berlaku kepada orang lain," kata Perrini.

St John's Cemetery Corporation mengendalikan tanah perkuburan Katolik di kawasan Farmingdale, Long Island. -NY Post

mendap, tanah, kubur, nisan

Artikel Lain