BAK kata orang, sebaiknya jangan buat perkara yang kita tidak pasti, serahkan pada yang pakar sahaja. Begitulah yang berlaku terhadap seorang wanita di China yang menyuntik jus buah ke salur darahnya sehingga dia hampir meninggal dunia. Mahu dikenali sebagai Zeng, wanita berusia 51 tahun itu menyangka perbuatan berkenaan tidak akan memberi kesan buruk kepadanya. Menggunakan jarum picagari, dia menyuntik jus 20 buah yang dikisar ke dalam badannya. "Saya fikir buah segar sangat berkhasiat dan ia tak akan memberi kesan kalau dimasukkan ke dalam badan. "Tak tahu pula ia akan memberi kesan dan menyusahkan saya," kata Zeng. Sejurus suntikan itu, Zeng mengalami peningkatan suhu badan sebelum mengalami gatal-gatal sepanjang malam. Dia terus dibawa ke hospital setelah perbuatan itu berjaya dihidu suaminya sebelum dia dimasukkan ke unit rawatan rapi. Menurut doktor, Zeng mengalami beberapa jangkita, kerosakan hati, jantung dan hampir meninggal dunia gara-gara tindakan itu. - Mirror.