SEORANG remaja perempuan mengaku bersalah atas kesalahan menolak rakan baiknya dari sebuah jambatan setinggi 18 meter di Vancouver, Amerika Syarikat (AS). Tay'Lor Smith, 19, dibawa ke muka pengadilan setelah video kejadian itu tular di internet. Mangsa, Jordan Holgerson, 16, mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan paru-paru akibat insiden itu. Sewaktu kejadian, Jordan mahu terjun dari jambatan itu namun ragu-ragu kerana takut dan gayat.. Smith bagaimanapun terus menolak rakannya sehingga dia terjatuh dan mengalami kecederaan. Selain kecederaan fizikal, Jordan masih lagi menjalani terapi dan turut mengalami trauma. Smith yang mengaku bersalah atas perbuatan itu dijangka menerima hukuman bermula minggu depan. Dia berkemungkinan akan dikenakan penalti sehingga setahun dalam penjara, namun pasukan pendakwaan mahi dia dikenakan tahanan rumah dan servis komuniti. - Mirror.