suria

Alunan bacaan ayat suci Al-Quran pada sidang pertama Parlimen New Zealand undang kesayuan

Iman Nizam ul haq Thanvi

SIDANG parlimen pertama selepas serangan pengganas di dua buah masjid menyebabkan 50 orang terbunuh dibuka dengan bacaan ayat suci Al-Quran Iman Nizam ul haq Thanvi pada Selasa.

Bacaan imam itu mengundang kesayuan kepada semua ahli parlimen yang hadir. 

Selepas bacaan dan doa, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden memulakan ucapannya dengan memberi salam “Assalamualaikum, peace be upon you, and peace be upon all of us".

Ketika berucap Ardern menegaskan, nama suspek pengganas yang menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand itu tidak patut disebut.

Sebaliknya, beliau percaya bahawa nama-nama mangsa terkorban yang harus diingati oleh khalayak ramai.


“Oleh sebab itu, anda tidak akan pernah dengar saya menyebut namanya (suspek).

“Dia adalah seorang pengganas. Dia seorang yang pelampau. Apabila saya bercakap, dia tidak akan diberi nama,” tegas beliau lagi.

Tambah Arden 15 Mac akan diingati sebagai "darkest of days".

"Untuk keluarga, ia lebih daripada itu. Ia adalah hari yang selalu untuk bersembahyang -mengamalkan kepercayaan dan agama dan (serangan) telah menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tersayang," katanya.

"Orang tersayang, saudara lelaki, anak perempuan, bapa dan anak-anak, mereka adalah orang-orang New Zealand, mereka adalah kita, dan kerana mereka adalah kita, kita, sebagai bangsa, kita meratapi kehilangan mereka." - newshab.co.nz

Artikel Lain