suria

Serah 37 senjata api kepada polis, penduduk mahu NZ lebih selamat

PEKA dengan situasi semasa serta nasib yang menimpa mangsa serangan pengganas di negara itu, sebanyak 37 senjata api milik rakyat New Zealand telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Menurut polis, jumlah terkumpul itu dicatatkan sehingga Selasa malam.

Antara penduduk yang berbuat demikian merupakan seorang pemilik ladang ternakan, John Hart.

Dia yang memiliki ladang biri-biri seluas 20 hektar di utara Masterton menyerahkan senjata separa automatik miliknya pada Isnin.

"Sehingga hari ini, saya merupakan salah seorang rakyat New Zealand yang memiliki senjata api.

"Walaupun ia berguna untuk ladang saya, tetapi tetap ada risiko ia bakal disalah guna. Kita tak perlukan senhata di negara ini," tulisnya di Twitter.

Posting itu pantas menarik perhatian ramai sehingga dikongsi lebih 55,000 pelayar laman sosial itu.

Ujar John lagi, dia sedar bahawa nyawa orang lain di negara itu lebih penting berbanding keperluannya.

"Perkara ini tak akan mengubah dunia tetapi ia permulaan untuk hidup yang lebih selamat.

"New Zealand kini lebih selamat berbanding sebelum ini," kata John lagi. - The Guardian.

Artikel Lain