suria

Ais cair di Gunung Everest, banyak mayat pendaki yang tertimbus ditemui semula

MENDAKI gunung tertinggi di dunia bukanlah perkara yang mudah.

Di Gunung Everest misalnya, 300 pendaki dilaporkan meninggal dunia dalam usaha menawan puncak itu, sejak berpuluh tahun lalu.

Ada mayat pendaki yang berjaya ditemui, malah ada juga yang hilang sehingga hari ini.

Terbaharu, peningkatan suhu dunia menyebabkan lapisan salji di gunung itu mula mencair.

Apa yang lebih mengejutkan, pencairan ais itu membolehkan beberapa mayat pendaki yang sudah lama hilang ditemui semula.

"Kami telah membawa tuurun mayat-mayat yang meninggal sejak beberapa tajun lepas. Yang sudah lama tertanam pun timbul balik," ujar Ang Tshering Sherpa, bekas presiden petubuhan pergunungan Nepal.

Antara kawasan yang terlibat termasuklah di Khumbu Icefall dan South Call di gunung itu.

Bercakap kepada BBC, seorang individu memaklumkan dia melihat tangan dan kaki mayat-mayat lama kembali muncul.

"Kami perasan paras ais semakin menurun, sebab itu mayat-mayat lama kembali muncul," ujarnya. - Mirror.

Gunung Everest, Ais, Mayat Pendaki

Artikel Lain