NEW Zealand pada Jumaat memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch yang terkorban, Jumaat minggu lalu.
Azan solat Jumaat akan berkumandang pada kira-kira 1.30 petang waktu tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN: "Pemergian Haziq pada Jumaat mulia, sedia untuk beribadah, semoga syahid di sisi Allah" - Mufti WP
Ia diikuti sesi bertafakur selama dua minit bagi memberi penghormatan kepada 50 mangsa yang terkorban dalam kejadian tembakan di dua masjid di Deans Ave dan Linwood Ave, Jumaat minggu lalu.
Sesi senyap itu turut diadakan di Hagley Park di Christchurch pada pukul 1.32 petang waktu tempatan. - NZ Heraldz