PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern menerima ancaman bunuh di media sosial. Imej pistol dihantar kepada Ardern pada dua hari lalu dengan kapsyen, "anda yang seterusnya". Satu lagi posting disiarkan kepada Ardern dan pihak polis dengan ayat: "selepas ini, anda pula". Jurucakap pejabat perdana menteri itu berkata, syarikat media sosial seperti mempunyai algoritma segala perkara dan mereka bertanggungjawab terhadap orang awam. Akaun Twitter tersebut digantung sekitar pukul 4 petang Jumaat. Akaun yang digantung itu penuh dengan ucapan kebencian terhadap Islam dan mengagungkan kekuasaan orang putih. Newshub melaporkan tweet itu kepada polis dan Pejabat Perdana Menter NZ. Penembak Christchurch warga Australia berusia 28 tahun itu merupakan seorang penyokong orang putih dan telah mengedar manifesto berbaur perkauman sebelum melancarkan serangan pada 15 Mac lalu. - Newshub