SEORANG lelaki yang disabitkan dengan jenayah 'keji di luar pemahaman' pengsan selepas terkejut apabila dia dijatuhi hukuman dipenjara selama 260 tahun kerana mencabul bayi yang baru lahir. Thomas Goodman, 45, jatuh tersembam di meja di depannya semasa berada di bilik pengadilan di Providence, Rhode Island, Jumaat, ketika Hakim John McConnell menyatakan bahawa dia tidak sesekali akan menjadi seorang lelaki yang bebas lagi. Goodman sedar semula beberapa minit kemudian, membenarkan McConnell meyampaikan hukuman 30 tahun penjara setiap satu untuk lapan pertuduhan eksploitasi seks kanak-kanak termasuk bayi tiga minggu dan 20 tahun penjara kerana memiliki pornografi kanak-kanak. Semua hukuman ini akan dijalani secara berturut-turut. Menurut Providence Journal, Goodman akan membuat rakaman dirinya menyentuh bayi-bayi sejak usianya tiga minggu, sehingga dia berusia 18 bulan. Dia merakam beribu-ribu klip yang menyalahgunakan bayi itu, serta dua budak perempuan lain yang berumur enam dan 12 tahun sebelum berkongsi rakaman itu dalam talian untuk ditonton oleh orang lain yang sama sepertinya. Goodman ditangkap pada Mei 2018 apabila telefonnya dirampas oleh majikan di syarikat keselamatan tempat dia bekerja. Dia melanggar peraturan yang mengharamkan pekerja menggunakan telefon bimbit semasa bekerja. Majikan kepada pedofilia mengerikan itu melihat rakaman porno kanak-kanak dan terus menyerahkan peranti itu kepada pihak berkuasa. Goodman dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan AS. -foto Google Maps Dalam serbuan berikutnya, polis menegaskan bahawa Goodman mempunyai sekitar 7,800 gambar penyalahgunaan dan 370 video porno kanak-kanak. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 135 gambar dan 62 video melibatkan kanak-kanak pra-matang dan telah dihasilkan oleh Goodman antara September 2007 dan Februari 2018. Goodman mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak dan satu tuduhan pemilikan lucah kanak-kanak. Pendakwa Lee Vilker berkata jenayah yang dilakukan Goodman adalah setakat ini yang paling teruk yang pernah didepaninya. Dia berkata pedofil itu telah menyebabkan 'kemudaratan mangsa yang tidak akan pernah berlalu' serta menakutkan mereka secara kekal. Peguam Goodman, Matthew Dawson meminta anak guamnya diberikan hukuman 22 tahun dan menyatakan pedofilia itu sendiri telah berdepan salah laku oleh seorang guru ketika dia masih kecil. Hakim McConnell berkata kepadanya: "Satu-satunya cara yang saya dapat lakukan adalah memastikan kamu tidak dapat keluar dari penjara lagi. Saya tidak mempunyai jaminan kamu akan berhenti." -MetroUK