suria

Boeing umum kemaskini perisian jet 737 MAX selepas terlibat dalam dua nahas udara

PENGELUAR kapal terbang utama Amerika Syarikat, Boeing Company pada Rabu mengumumkan perisian yang telah dikemaskini untuk menangani masalah sistem kawalan penerbangan ke atas jet 737 MAX, yang sebelum ini dikatakan menjadi punca dua nahas udara dalam tempoh lima bulan, lapor agensi berita Xinhua.

Boeing menyatakan, ia sudah mengemaskini sistem kawalan "Maneuvering Characteristics Augmentation System" (MCAS) anti-pegun bagi memberikan lapisan perlindungan tambahan untuk mengelak bacaan data salah daripada sensor.

Sistem kawalan penerbangan itu akan membandingkan dua input daripada sensor AOA berbanding hanya satu saja sebelum ini dan jika wujud percanggahan sebanyak 5.5 darjah atau lebih dengan sirip sayap tertutup, MCAS tidak akan berfungsi, jelas Boeing.

Jika timbul masalah, MCAS tidak akan dibenarkan melakukan arahan penstabilan pesawat automatik lebih daripada apa yang cuba diperbetulkan oleh krew penerbangan.

Juruterbang akan mempunyai lebih banyak keupayaan untuk membatalkan arahan MCAS dan secara manual mengendalikan kapal terbang, kata Boeing.

Boeing berada dalam kedudukan yang agak tegang berikutan siasatan badan penyiasat serta orang awam berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pesawat 737 MAX yang terbabit dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines.

BOEING

Syarikat itu menambah, ia juga sudah mengeluarkan program latihan komputer yang sudah dikemaskini untuk semua juruterbang 737 MAX bagi memberi kefahaman lebih terhadap Buletin Operasi Manual, Senarai Semak Kegagalan Luar Biasa Mengurangkan Kelajuan serta mengemaskini Buku Panduan Rujukan Pantas.

Kemaskini perisian itu termasuk maklumat mengenai penambahbaikan MCAS yang menjadi perkara utama bagi menghalang keadaan pegun tidak terkawal yang dikatakan mempunyai kaitan dengan nahas pesawat 610 Lion Air Indonesia yang mengorbankan 189 penumpang pada Oktober lalu.

Boeing berkata, perisian baharu itu sudah melalui beratus-ratus jam analisis, ujian makmal, pengesahan dalam similator dan dua penerbangan ujian, termasuk ujian bersama wakil Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

"Boeing berada dalam kedudukan yang agak tegang berikutan siasatan badan penyiasat serta orang awam berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pesawat 737 MAX yang terbabit dalam nahas pesawat Habsyah, Ethiopian Airlines Penerbangan 302 pada pertengahan Mac, yang mengorbankan semua 149 penumpang dan lapan krew," menurut kenyataan itu.

Persamaan antara nahas Lion Air dan Ethiopian Airlines mendorong semua pesawat Boeing 737 MAX di seluruh dunia, dilarang terbang. - Bernama

PENGELUAR kapal terbang utama Amerika Syarikat, Boeing Company pada Rabu mengumumkan perisian yang telah dikemaskini untuk menangani masalah sistem kawalan penerbangan ke atas jet 737 MAX, yang sebelum ini dikatakan menjadi punca dua nahas udara dalam tempoh lima bulan, lapor agensi berita Xinhua.
Boeing menyatakan, ia sudah mengemaskini sistem kawalan "Maneuvering Characteristics Augmentation System" (MCAS) anti-pegun bagi memberikan lapisan perlindungan tambahan untuk mengelak bacaan data salah daripada sensor.
Sistem kawalan penerbangan itu akan membandingkan dua input daripada sensor AOA berbanding hanya satu saja sebelum ini dan jika wujud percanggahan sebanyak 5.5 darjah atau lebih dengan sirip sayap tertutup, MCAS tidak akan berfungsi, jelas Boeing.
Jika timbul masalah, MCAS tidak akan dibenarkan melakukan arahan penstabilan pesawat automatik lebih daripada apa yang cuba diperbetulkan oleh krew penerbangan.
Juruterbang akan mempunyai lebih banyak keupayaan untuk membatalkan arahan MCAS dan secara manual mengendalikan kapal terbang, kata Boeing.
Syarikat itu menambah, ia juga sudah mengeluarkan program latihan komputer yang sudah dikemaskini untuk semua juruterbang 737 MAX bagi memberi kefahaman lebih terhadap Buletin Operasi Manual, Senarai Semak Kegagalan Luar Biasa Mengurangkan Kelajuan serta mengemaskini Buku Panduan Rujukan Pantas.
Kemaskini perisian itu termasuk maklumat mengenai penambahbaikan MCAS yang menjadi perkara utama bagi menghalang keadaan pegun tidak terkawal yang dikatakan mempunyai kaitan dengan nahas pesawat 610 Lion Air Indonesia yang mengorbankan 189 penumpang pada Oktober lalu.
Boeing berkata, perisian baharu itu sudah melalui beratus-ratus jam analisis, ujian makmal, pengesahan dalam similator dan dua penerbangan ujian, termasuk ujian bersama wakil Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
"Boeing berada dalam kedudukan yang agak tegang berikutan siasatan badan penyiasat serta orang awam berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pesawat 737 MAX yang terbabit dalam nahas pesawat Habsyah, Ethiopian Airlines Penerbangan 302 pada pertengahan Mac, yang mengorbankan semua 149 penumpang dan lapan krew," menurut kenyataan itu.
Persamaan antara nahas Lion Air dan Ethiopian Airlines mendorong semua pesawat Boeing 737 MAX di seluruh dunia, dilarang terbang.
Boeing 737 Max

Artikel Lain