suria

Bapa lapor polis dakwa alat sulit menantu terlalu besar punca anak meninggal dunia

Ayah Jumatri (dua dari kanan) meminta maaf kerana mengesyaki menantunya menyebabkan kematian anak perempuannya. - AsiaWire

SEORANG lelaki yang kematian isteri terpaksa menunjukkan alat sulitnya kepada pihak polis selepas ayah mertuanya mendakwa ia telah menyebabkan anak perempuannya meninggal dunia ketika melakukan hubungan kelamin.

Polis membawa lelaki bernama Barsah itu untuk soal siasat dan memintanya menunjukkan alat sulitnya di hadapan saudara-mara arwah isterinya.

Namun, saiz alat kelamin Barsah didapati normal.

Nedi Sito, 55, dari perkampungan Maron Kidul di daerah Maron, Jawa Timur, Indonesia menghubungi polis berikutan kematian mendadak anak perempuannya, Jumantri, 23.

Wanita muda itu ditemui tidak bernyawa di atas katilnya selepas mengalami epilepsi pada waktu malam.

Insiden itu berlaku di Indonesia. - Gambar hiasan/ Foto Getty Images

Sito mendengar khabar angin bahawa menantunya dengan sengaja membunuh mangsa dan bertindak melaporkannya kepada polis.

Barsah kemudian diminta untuk menunjukkan kepada pegawai berkuasa sambil disaksikan oleh ahli keluarga Jumantri dan ahli jawatankuasa kampung.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Probolinggo, Riyanto berkata: "Setelah melihat alat kelamin yang disangka terlalu besar, saiznya ternyata berukuran standard.

"Jadi, bapa mertua Barsah menarik balik laporan polis dan mereka saling memohon maaf."

Sito berkata, keluarganya kini menerima hakikat bahawa Jumantri meninggal dunia akibat epilepsi yang dialaminya sejak berusia 14 tahun. - Mirror UK

alat kelamin, epilepsi

Artikel Lain