IBU bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams dan rakan baik pemain itu memeluk Islam tidak sampai dua minggu selepas insiden tembakan rambang berlaku di Christchurch. Ibu kepada atlet yang berusia 33 tahun itu, Lee Williams dan rakan sepasukannya Ofa Tu'ungafasi mengucapkan dua kalimah syahadah pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman penjara 14 tahun jika kongsi, sebar manifesto Tarrant Gambar peristiwa bermakna itu dimuat naik oleh rakannya yang juga seorang Muslim, John Fontain. Gambar tersebut menunjukkan Tu'ungafasi memakai jubah putih dan berdiri di samping Williams. Rakan Sonny Bill (kiri), Tu'ungafasi (kanan) memeluk Islam pada Selasa. - Instagram @johnfontain "Allahuakbar, hari ini ibu Sonny Bill Williams dan rakan pasukannya Offa Tu'ungafasi telah menerima Islam. "Semoga Allah menjadikan mudah bagi mereka dan mengurniakan mereka syurga firdaus. Amin," kata Fontain. Kedua-dua mereka memeluk Islam selepas sedekad Sonny Bill menjadi seorang Muslim dan berhenti mengambil minuman beralkohol. Sonny Bill bertemu dengan mangsa yang terselamat daripada insiden tembakan itu di hospital yang terletak di South Island, New Zealand pada Sabtu. Tu'ungafasi dan pemain Richmond Tigers, Bachar Houli turut serta dalam kunjungan tersebut. - Daily Mail