suria

Mangsa serangan masjid NZ maafkan pengganas yang bunuh isterinya

Foto Mark Tantrum/New Zealand Government via AP

SERAMAI 20,000 orang berhimpun di Christchurch pada Jumaat bagi memperingati mangsa serangan pengganas yang berlaku genap dua minggu lalu.

Seorang mangsa yang terselamat berkata dia memaafkan penembak yang membunuh isterinya dan 49 yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allahuakbar, ibu Sonny Bill Williams peluk Islam” tak sampai 2 minggu selepas serangan pengganas di masjid NZ

Ahmed Farid berkata, isterinya Husna terbunuh ketika tembakan dilancarkan tetapi tetap memaafkan pengganas tersebut biarpun 'hatinya rasa mendidih seperti letusan gunung berapi'.

"Saya mahu hati yang penuh rasa cinta dan kasih serta belas kasihan dan memaafkan dengan mudah, kerana hati ini tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban.

"Saya mungkin berasal daripada satu budaya, anda mungkin daripada budaya lain, saya ada satu kepercayaan, anda pula dengan kepercayaan anda, tetapi kita satu taman yang indah bila bersama," katanya kepada khalayak yang hadir.

Nama kesemua 50 mangsa disebut oleh komuniti Muslim di Christchurch di Hagley Park, bertentangan dengan Masjid Al Noor di mana 41 maut pada pukul 1.40 petang pada 15 Mac.

Pengganas itu kemudian memandu ke Masjid Linwood yang terletak kira-kira 5.6 kilometer daripada Masjid Al Noor dan membunuh sembilan lagi jemaah.

Lelaki Australia berusia 28 tahun, Brenton Tarrant didakwa atas kesalahan membunuh. - Business Insider

Christchurch, Brenton Tarrant

Artikel Lain