MAKLUMAT berkaitan momen terakhir sebelum pesawat Ethiopian Airlines terhempas tiga minggu lalu tersebar. Sistem anti-stall di dalam pesawat itu didakwa sebagai punca nahas yang mengorbankan kesemua 157 penumpang dan anak kapal. Sebaik sahaja berlepas dan ketika berada pada ketinggian 450 kaki, 'hidung' pesawat mula menjunam. Menurut Wall Street Journal, juruterbang berkata kepada pembantunya 'pitch up, pitch up!' (menjunam) sebelum radio mereka terputus hubungan. Pesawat itu terhempas enam minit selepas berlepas. Punca sebenar nahas masih lagi disiasat. Wall Street Journal berkata maklumat berkenaan menunjukkan gambaran jelas mengenai kegagalan yang menimbulkan bencana ke atas pesawat tersebut. Kebocoran maklumat berhubung siasatan nahas mendapati sistem anti-stall pesawat diaktifkan semasa insiden berkenaan. Data dari kotak hitam milik pesawat Ethiopian Airlines itu menunjukkan 'persamaan jelas' dengan nahas pesawat Lion Air di Indonesia yang menggunakan pesawat model Boeing 737 MAX 8. - BBC