suria

Sahabat sejati sanggup gendong rakan ke sekolah hampir setiap hari selama 6 tahun

Xu Bingyang menggendong sahabatnya Zhang Ze selama enam tahun untuk ke sekolah.

SEORANG pelajar di China menerima pujian ramai kerana sanggup menggendong rakannya ke sekolah sejak enam tahun lalu.

Xu Bingyang, 12, akan menggendong Zhang Ze pada setiap hari dan mereka mula bersahabat sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah itu.

Berasal dari bandar Meishan, wilayan Sichuan, Zhang Ze menderita penyakit myasthenia gravis yang menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Seperti gelap masa depan untuk bersekolah, hidup Zhang Ze bagaimanapun kembali bersinar dengan pertolongan rakannya itu.

Menurut Zhang Ze, dia cukup berterima kasih dan bersyukur atas kegigihan sahabatnya itu untuk melihat dia ke sekolah seperti murid lain.

"Dia kawan baik saya. Setiap hari dia belajar bersama saya, berboral dan bermain dengan saya.

"Saya berterima kasih sebab dia jaga saya sepanjang hari," kata Zhang Ze.

Biarpun dilihat membebankan dirinya, Xu bagaimanapun menganggap dirinya seperti tongkat kepada Zhang Ze.

"Saya lebih besar berbanding dia. JAdi bolehlah saya tolong.

"Berat saya 40 kilogram, dia pula 25 kilogram. Jadi tak ada masalah saya gendong dia," katanya lagi. - Mirror.

Artikel Lain