KESABARAN dan kejujuran menjadi kunci utama setiap bahtera perkahwinan. Setiap dugaan yang melanda, pasangan suami isteri haruslah bertolak ansur dan cuba mencari penyelesaian terbaik. Di Winconsin, Amerika SYarikat (AS) baru-baru ini, seorang wanita berang dengan suaminya sehingga dia bertindak menghubungi pihak polis. Lebih mengejutkan, dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas suaminya tersalah membeli bahagian ayam yang dimahukannya. Polis menerima panggilan daripada wanita itu pada Ahad lalu. Berusia 40 tahun, wanita itu bertikam lidah dengan suaminya yang berusia 37 tahun. Suami wanita itu kemudiannya bersetuju untuk berpindah seketika ke rumah bapanya bagi meredakan kemarahan isterinya. Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan bahagaian ayam yang manakah dimahukan oleh wanita itu atau hidangan apakah yang mahu dibuat olehnya. - Fox News.