suria

Pesawat ringan terpaksa mendarat atas jalan raya, tiada orang awam dilaporkan cedera

Pesawat jenis Piper PA-28 itu dikemudi oleh seorang juruterbang.

SIAPA yang tak terkejut seandainya sebuah pesawat tiba-tiba mendarat di atas jalan raya?

Begitulah yang berlaku di selatan California apabila sebuah pesawat ringan terpaksa melakukan pendaratan cemas di atas jalan raya.

Menurut jurucakap Persekutuan Penerbangan, Ian Gregor, kejadian pada Isnin lalu melibatkan seorang juruterbang sahaja.

Pesawat jenis Piper PA-28 itu membuat pendaratan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Long Beach, California sejauh 2.4 kilometer.

Punca kejadian bagaimanapun belum dikenalpasti.

Satu laporan televisyen turut memaparkan pesawat itu dikerumuni pegawai polis dan bomba sejurus ia mendarat.

Juruterbang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Miami Herald.

 

pesawat, pendaratan cemas

Artikel Lain