suria

Gedung alat mekap Jeffree Star dirompak, rugi RM10.2 juta hingga terpaksa panggil FBI

Jeffree membuat pendedahan mengenai perkara itu menerusi Twitter miliknya. FOTO: Cosmo.ph

SELEBRITI media sosial dan usahawan terkenal, Jeffree Star mendakwa mengalami kerugian AS$2.5 juta (RM10.2 juta) setelah gudang alat mekapnya dirompak.

Kini, hasil rompakan itu dikatakan dijual secara haram menerusi internet oleh individu tidak dikenali.

Menerusi kenyataan di Twitter, Jeffree berkata, dia penat apabila terpaksa bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi menyiasat perkara itu.

"Saya tak tahu macam mana nak mula. Beberapa minggu ini cukup memenatkan.

"Saya bersyukur ejen FBI mahu bekerjasama bagi mencari dalang kes ini.

"Ada seorang individu utama yang menjual produk curi itu sudah ditahan," katanya.

Tambah Jeffree lagi, pihaknya semakin hampir untuk mencari pelaku sebenar kejadian itu.

"Pasaran gelap industri mekap cukup mengelirukan, ia ada banyak lapisan.

"Saya tak jangka hasil kerja saya akan jadi begini," kata Jeffree lagi.

Untuk rekod, Jeffree juga popular di laman Youtube dan cukup dikenali kerana teknik solekannya yang hebat. - Daily Star.

jeffree star, alat mekap, fbi

Artikel Lain