AGENSI perisik GCHQ UK yang berpangkalan secara rahsia di London, akhirnya didedahkan buat pertama kalinya. Pejabat agensi perisikan itu yang melindungi keselamatan negara tersebut sejak 65 tahun lalu, terletak dalam sebuah bangunan rahsia yang diapit antara Starbucks dan sebuah kelab malam. Kini bangunan tersebut yang terletak di Palmer Street bertentangan dengan stesen tube St James'S Park di Westminster akhirnya didedahkan. GCHQ mengakui lokasi agensi tersebut beroperasi sejak puluhan tahun lalu selepas keluar daripada pangkalannya. Tapak pejabat lama GCHQ yang terletak di Palmer Street. Pengarah Jeremy Fleming berkata bangunan tersebut digunakan pegawai perisikan sejak 1953 dan menjadi sebahagian daripada sejarah perisik luar biasa. GCHQ ditubuhkan pada 1 November 1919 sebagai unit amaran "kriptanalitik". Semasa Perang Dunia Kedua, kakitangannya berpindah ke Bletchley Park untuk menyahsulit mesej Jerman termasuklah komunikasi Enigma. Masa depan bangunan itu yang dijual secara persendirian tidak diketahui. Agensi ini beroperasi secara rahsia sejak 65 tahun lalu. Meskipun tidak lagi beroperasi dari bangunan di Jalan Palmer, GCHQ akan mengekalkan operasi mereka di London. Selain ibu pejabat di Cheltenham, agensi itu turut mempunyai pejabat di Bude, Cornwall, Scarborough, Lincolnshire dan Harrogate. Pada tahun ini, ia akan membuka sebuah kemudahan keselamatan baharu di Manchester. - BBC