suria

Tak pernah rasa seperti manusia, lelaki cuba hidup jadi anjing

Kaz menikmati makanan daripada mangkuk anjing. Foto Kennedy News and Media

SEORANG lelaki memberitahu dia tidak pernah merasakan dirinya seperti manusia apabila menikmati makanannya dari mangkuk anjing, memakai topeng anjing dan sering menyalak, menjilat dan menggigit kawan-kawan.

Kaz James, 37, mendakwa dia berasa seperti anjing sejak zaman kanak-kanak dan mengatakan bahawa dia selalu berasa pelik dan tidak dapat mengaitkannya dengan orang lain sebelum akhirnya 'ciri-ciri' anjing itu disesuaikan semasa remajanya.

Dia yang bekerja sebagai pengurus kedai dari Salford, Greater Manchetster di England itu mendapat bantuan daripada komuniti 'permainan anjing' dalam talian.

Menerusi komuniti itu, dia mempunyai rakan-rakan yang berfikiran terbuka untuk beralih daripada 'anjing sambilan' kepada 'anjing yang lebih yakin'.

Mendalami ciri-ciri anjing dalam dirinya, Kaz mula menyalak kepada rakan-rakan, membawa barang-barang menggunakan gigi dan memakan biskut anjing.

Kaz sering menyalak, jilat atau gigit orang yang dijumpainya. Foto Kennedy News and Media

Jika di luar waktu kerja, dia akan memakai kostum dan topeng anjing sama ada diperbuat daripada getah, atau mempunyai bulu weperti haiwan itu.

"Saya tidak pernah merasa seperti manusia, saya selalu merasakan seperti anjing," katanya.

"Saya tidak pernah mempunyai nama untuknya, kerana menjadi anak anjing bukan perkara yang saya tahu. Apabila saya bertemu dengan orang lain seperti saya, rasa menjadi diri sendiri.

"Saya dikenali dalam kalangan kawan-kawan kerana menyapa mereka dengan memegang baju kolar mereka menggunakan gigi saya, menggigit atau menjilat mereka, ia menunjukkan siapa diri saya," ujarnya.

Menurut Kaz, gaya hidupnya secara menyeluruh adalah cuba menjadi anak anjing.

"Bagi saya, ia segala-galanya. Saya hidup dalam rutin seharian seperti biasa, termasuk perkara-perkara seperti menyalak pada orang yang saya kenal di jalanan.

"Jika saya nampak anak anjing lain di kampung, saya akan menyalak pada mereka. Saya dapat reaksi yang lucu daripada orang ramai setiap kali melakukannya," katanya. - Mirror UK

anjing

Artikel Lain