SEORANG gadis berusia 19 tahun terkejut dirinya hamil dan melahirkan seorang bayi perempuan, sedangkan malam sebelumnya dia tidur dengan perut yang leper. Sebaik bangun dari tidur, dia mendapati perutnya semakin besar dan menampakkan 'baby bump'. Kejadian itu berlaku pada pagi 17 Julai 2018, sekali gus menjadi kejutan dalam hidup Emmalouise Leggate. Remaja itu memanggil ibunya yang kemudian menghubungi neneknya mengenai benjolan pada perutnya. Neneknya, Louise dapat menjangkakan ia adalah kandungan bayi lalu membawa cucunya itu ke hospital. Sementara mencari bidan di hospital, Emmalouise dibiarkan menunggu di dalam kereta. Sekembalinya ke kereta, Louise mendapati cucunya sudah melahirkan anak di tempat duduk belakang. Kejadian itu berlaku hanya kira-kira 45 minit selepas 'baby bump' dikesan pada perut Emmalouise. Melainkan kitaran haid terganggu, dia menganggap ia mempunyai kaitan dengan pil perancang kehamilan apabila Emmalouise tidak mengalami tanda-tanda hamil. Dia tidak mengalami alahan 'morning sickness' atau mengidam, malah tidak pernah merasakan tendangan di dalam perutnya mahupun tiada perubahan saiz pada perutnya. Remaja itu mendakwa dia melahirkan anak kedua yang dinamakan Clara, sejurus selepas bangun pagi. Namun apa yang menghairankan adalah ia berlaku tanpa mempunyai benjolan 'baby bump' pada perutnya. Doktor memberitahu bayi itu mungkin berada di bahagian bawah belakangnya, yang dikatakan keadan itu sering berlaku. - odditycentral